Arkib untuk November, 2007

what a selebet day

Posted in Melalut on November 27, 2007 by lydiarayyan

aku bangun lambat niari……hampeh…abah dah kejut..aku dah bangun dah….namun..memandangkan aku kerja sampai mlm semalam…aku jadi malas2 nak bangun…aku tarik bantal yang dah kat kaki pastu kasik kaver sikit muka aku dgn niat nak topup lagi 2 ke 3 minit…..sangkaan ku nyata meleset..aku pegi topap sampai setengah jam!!

aku dgr lagi sora abah panggil dan kali ini disertakan dgn bunyik enjin keta!!!!….lalalalalala….abah kasik seploh minit…segalanya lepas tu mcm filem chaplin laju giler…aku capai je baju takyah gosok dari ghobok aku…kesimpulanye..aku selebet niari…(sebenarnye hari2 pun)…tp niari ‘paling’ la….paling selebet….huhuhuhu…what a selebet day….

goodnight2.jpg

citer pasal selebet nie masa belajar dulu aku hari2 ginih..hari2 ‘topup’…esp bile ’cuti umum’…… tp bile bole sembahyang suwsah sikit….um ammar akan make sure aku bangun dgn segera! dari dia amek wuduk sampai dia siap baca quran aku punye posisi tido pum mcm2…posisi yang mcm konon nak bangun tp tak beberapa nak bangun…aaa??

pegi kelas jarang sekali aku jalan lenggang kangkung..selalu mesti ngan gear lima..aku sebenarnye berlari..tp nampak mcm jalan….ekekekeke..nak cepat la konon…selalunye dapat sampai awal sket dari lecturer….kadang2 je aku saing lecturer…lambat dari lecturer?hmm..jarang la..sbb kalau nak terjadik situasi tue..aku tak dtg kelas terus!! (>_<)

roar.jpg

bagaikan langit-steve

Posted in love sick on November 26, 2007 by lydiarayyan

bagaikan-langit.jpg

……dgr la lagu nie…bile anda layan anda akan rasa mcm baru mula berchenta…first time dating..waktu bunga2 chenta baru berkembang…….sambil jalan2 kat taman….bunga2 and dedaun kering jatuh…..naik beskal gether2 mcm korang jelah yang berchenta waktu tue..hahahahahahaha……

bestnyee2.jpg

personality test

Posted in Melalut on November 22, 2007 by lydiarayyan

 jalan2 di blog org menyebabkan aku terjumpe website ini…

http://www.mypersonality.info/


try..try..leh test kite nye personality

ade 16 jenis…

types.jpg

pastu leh amek  multiple intelligent test

multiple.jpg

ini aku punye result!!…engineer,intellectual,musical,linguistic

itp.jpg

nice………….

kisah seram di malam rabu….

Posted in Melalut on November 15, 2007 by lydiarayyan

pada malam jumaat rabu yg lepas aku telah buat over time….aku ngan litaz je kat opis..( i guess kat buidling tuh)…sedang aku sebuk siapkan report ntuk meeting esok…tetiba icon ‘yak’ aku menyala ( in fact ade bunyik *beep)..aku pun bukak skrin..ade ntah budak dari opis mana ntah yang on ‘yak’ mlm tu tetiba msg aku…aku dgn reply le….conversation nye telah ku copy…

<9:41:19 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
<9:41:38 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
ko kenape?

<9:41:42 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
sawan?
<9:45:41 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
SORI…
<9:45:48 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
aku kena sabotage…
<9:45:52 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
erk?
<9:45:57 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
sape sabotaj
<9:46:15 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
aku g pantry…
<9:46:23 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
diorang frame aku..
<9:46:35 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
frame?

<9:46:40 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
sape?
<9:47:18 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
benda2 yang tinggal kat ofis ni malam2..
<9:47:41 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
????
<9:47:52 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
benda2 ni xde umah..
<9:47:59 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
ofis ni la umah diorang..
<9:48:08 PM – rayyan Cossette to KirA-KirA-Sun*Shine**>:
takpaham..
<9:48:24 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
akan ganggu sapa yang stay lewat2 mcm aku…
<9:48:27 PM – KirA-KirA-Sun*Shine** to rayyan Cossette>:
dan ko…

ekeke….memule aku nak buat selamber je…sbb aku raser dia memain…tp..kalau betul pun dia memain..tak lama tu aku terasa seram2 unta jugak…aku tak bagitau litaz..karang dia pun turut seta saspen..tak siap lak report akuw…maka aku melajukan speed membuat report selaju kilat..taip2 print..aku takde dable2 check..lantakla…heu heu heu….sape kira2 sunshine nih aku pun tak tau..dak opis mana aku pun tak sure…yang pasti malam tu aku ’saspen’ la….ekekekeke….

sapen.jpg

~~gambar hiasan~~

 

 

p/s: takut pulak tgk entri sendiri…………………………………..

 

aku dan meja

Posted in Middle of Nowhere on November 9, 2007 by lydiarayyan

poyoje.jpg

~~meja yang sengaja kuserakkan untuk menampakkan effect rajin dan jitu~~

1. safety first

2. mekdi deliberi (kalau terrer dan ade mata bionic lirik lagu apekah yang ku letak dibawah..)

3. kalau diperhatikan bebetul..ade seorang budak sedang cuba memanjat monitor aku…(sila besarkan sendiri ini gambar)

4. ..please..don’t try this at home…

5. air kopi

6. skerewdriber yang aku guna dlm cubaan menikam perut hamzah sbb dia sergah aku mcm siot beberapa minit sebelum…

7. goggle beli sendirik~~pun safety first

8. project ku…(yang willy kata akan ke longkang belakang rumah)

9. ni aku la yang tampal!!

10. not to do list…..

ASPALELA

Posted in Melalut on November 8, 2007 by lydiarayyan

Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela

Kau dan aku akan bersama sampai ke akhir jua

Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga

Oh aspalela jangan buat ku kecewa  

Sampai hati kau pergi kepadanya

Makan hatiku bila kau berkata

Patah hati dengan hubungan kita

Hancur hatiku aspalela 

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga

Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya

Adakah lagi harapan untuk kita bersama

Oh aspalela apa syarat pun ku terima 

Sampai hati kau pergi kepadanya

Makan hatiku bila kau berkataPatah hati dengan hubungan kita

Hancur hatiku Aspalela 

Oh Lela Lela Lela Lela

Oh oh oh oh Lela Lela Lela

Oh oh Lela Lela Lela

Oh oh oh oh Lela Lela Lela 

lagu apek yang best..sora dia mcm sedap sket nyanyi lagu neh..selalu dia nyanyi memain..ni ade seriyes nyer sense sket……ekeke…aku ulang2 pasang je sekarang..best pulak…

1300131300

Posted in Melalut on November 6, 2007 by lydiarayyan

dabel.jpg

 ~~~dabel spaici ciken mekdulak~~~

burp…..kenyang giler makan set nih…..tobat aku nak beli lagi..len kali beli yang single sudah……makan ngan zartyle…kalau tepon deliberi pakai number zartyle tolak singgit…pakai number aku tuari..kene tolak sampai 6 hengget! apela!!

entri ini tidak mendapat sebarang royalti dari mekdi…..

sengals

Posted in Melalut on November 6, 2007 by lydiarayyan

ekeke….sekali lagi lagi entri aku merupakan susulan dari entri yang lain..dan sekali lagi bagi memenuhi keraguan cik nurnana..ekekekeke…dan sekali lagi juga entri aku entri merepek yang bukan dibuat untuk pembangunan minda tp hanya sekadar suke2 hati buang masa dan mungkin juga utk menghiburkan hati sendiri……

tu ari aku dah buat entri pasal poyo….namum org ske buat post aku tempat study bahasa2 unik..aku pun kasik privacy kat lagi satu term..iaitu “sengal”

di ambil dari kamus pelajar sengal membawa maksud

1.  berasa sakit-sakit (kaku) pd sendi-sendi tulang: ~ kaki; ~ tangan

2.  sakit pinggang

3.  penyakit yg menyebabkan penghidapnya berasa sakit-sakit pd sendi-sendi, tulang dan otot

merujuk pada kamus dewan edisi tiga pula

1. berasa sakit-sakit pd sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal: ~ kaki (tangan);

2. tulang sj penyakit tulang (reumatisme); ~ pinggang sakit (pegal) pinggang. sengal II; sengal-sengal

3.   susah bernafas, sesak nafas: dgn nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan tua itu; tersengal-sengal termengah-mengah (nafas)

kamus aku sendiri pula;

1. bagi merujuk kepada org yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sedar bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan……(cth..mcm cerita budak naik bas ipoh tu la….)

2. sengal juga dirujuk sebagai kesengal kepada neuron2 di otak mengalami shot secara tidak sengaja yang menyebabkan kite melakukan kesilapan2 kesilapan kecil yang juga tidak patut dilakukan seperti tertinggal kunci kereta kat opis yang tiga tingkat dan menyedarinye bila anda sudah di parking lot….

3…erm…aa…..ikut tafsiran masing2….ekekekeke 

tet.jpg

ekeke..budak yang sengals

Posted in Melalut on November 5, 2007 by lydiarayyan

ni prolonging dari entri miss fauzani…pasal crite dRiVeR Ba$ yG BaiK AtiE..and as per treat to miss nurnana……

al kisah~~~

KALAU SAMPAI IPOH Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.” Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. “Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!” Tapi si anak tidak mahu diam. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?” Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pasti dikejutkan!” Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. “Encik-encik dan puan-puan sekalian… bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?” Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.”Oh sudah sampai ya!” Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan… “Bukankah Kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan. “Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

gapo?

Posted in Melalut on November 1, 2007 by lydiarayyan

willy belikan aku karipap ni ari..thanks willy!

teringat plak lawak bodo smalam dalam cuban kami nak cakap kelantan dalam vypress

willy wonka: gapo mu?

lolita cossette:takde gape..

lolita cossette:eh adeke perkataan tu?

lolita cossette: gape

lolita cossette:hahahhaha

“mende lu gape?!” willy gelak sampai nak merah muke..aku pn gelak teruk..sengals..cubaan nak cakap kelantan tak berjaye..aku leh gabong2 ngan style johor…sampai jd gape…ekekeeke

willy wonka: nate bewuk mu!

……..aku gelak lagi………………..

~next time aku paste la print scrn window chat vypress aku..ekekkeke~