Arkib untuk Ogos, 2009

This is Adam Territory….part 1.713

Posted in Melalut on Ogos 28, 2009 by lydiarayyan

hahahaa…
ape kes?!
haritu aku taip panjang2…dia pegi hilang sesuka hati mak limah aje…sekarang..aku mau tebus balik itu entriiii…

hahaha…
sekarang aku sudah tukar project…dulu sorang kat cost control…sekarang sudah mecampakkan diri ke project turret…dgn ipin…dulu sebelum kena campak aku dilanda dilema dalam membuat pilihan…samada mahu join azim dgn team topside* dia or join ipin punya turret*…

 pgboom-petronas-guideline-for-barges-operating-offshore-malaysia

*FYI(bagi yg tidak tahu)..yang nak kena angkat itu topside ya adik2

hmm…sukar…sukar…

project azim mcm best…topside..banyak process…bleh belajar banyak…komplicated..aku suke…tp turret best juga…even tak banyak mcm topside, tp turret very critical…especially part turn table tu…fuh…syok!

cossack_pioneer_FPSO_20071f

yang ini pula turret…yang kat muncung kapal itu…

maka…seri…ipin:1 …azim:1

maka aku terpaksa timbang semula option lain…

ukuran kedua dibuat berdasarkan jarak opis….opis ipin cuma sekangkang kera saja dari entrance….opis azim….pergh…kera kalau nak kangkang jugak boleh kena buasir…jauh tak leh blah…dapat pulak aku hanyer jalan kaki..adeh…
maka ipin dapat satu point!..azim kalah

sekangkang kera

eh? tp mcmana dgn mamat kacak budak opis azim aku nampak haritu?hmm….???rumit..rumit….opis ipin haritu mcm takde head turner pun sekali aku tgk aritu…jadi? bagaimanakah? perlukah aku bagi azim satu markah itu…tp nanti seri pula sekali lagi…
runsing…aku runsing…

last2…dapat juga aku buat keputusan…aku memang teringin nak explore turret….topside ada dah ade pengalaman sikit dgn Kikeh dulu…so…ipin! here I come!!! hahahhaha

****
dah dua minggu juga aku kat turret ni..tak sia2 juga aku masuk…orgnyer best2…sempoi…so far lum ada yang kerek secara tidak tentu hala…mintak jauh la…jejakes..average..ada juga head turner 2-3 org…tp aku malas sgt nak bercakap dgn mereka…nanti aku susah nak fokes…hahaha….PM pun kool…yeah..aku suke…

but obviously.. Adam territory…lelaki saje…Project Management Team cuma aku seketul perempuan…3 lagi pompuan kat opis ni document controller, QS, and seketeri…of kos berbeza ngan aku…mereka tidak perlu comot untuk pegi kerja…aku..comot…dgn baju overall…aku balik rumah saje adik aku panggil teletabbies…siot…

kat site mereka panggil aku bunga…cet…aku kurang suka…kurang macho bila dipanggil bunga

“buat ape nak macho?…oklah bunga..” ipin kata
“bunga tak ganas..” aku jawab laju
“kenapa nak ganas..kau kan perempuan”

aku diam kejap…takde jawapan….huhu….takpelah…bunga pun bunga lah…hmm….ok..itu saja cerita-ceritit aku…merepek bukan? ahhaha…aku pedulik hape…

hahahahah….

nota kacak: pendekatan terbaik bila bercakap dgn org kacak….buat muka ganas  dan bengis…hahahahaha

ocopot!! opocot!!

Posted in Melalut on Ogos 26, 2009 by lydiarayyan

salam…

wah….kenapa tiada update?puasakah aku dari menulis(menaip)…merajukkah aku setelah entry sebelum ini di sabotaj dek network yang mcm arnab itu?nantilah aku taip semula…lawak biasanya tidak boleh diulang kerana ia menjadik kurang lawak…hahaha

wehehheehe…..

selamat berpuasa pada semua…moga mendapat keberkatan…

“Oh anak aku tergolek!!”

ntah ape yang bergolek kat dapur tu….itu saja yang aku dgr..tahulah aku mak dah balik dari surau….solat subuh td….

hahahaha..comel….mak kalau melatah mesti depan tu ada default cliche..’anak aku’ disusuli dgn fakta akan kejadian…terjatuh…tergolek…tertumpah…mahupun meletop…jgn bimbang…tiada living object terlibat…even mak aku guna ‘anak aku’ so far tiada pula adik aku tergolek, meletop mahupun tertumpah…hahhahah….

kenapa mesti melatah…ntah aku pun tak paham….bukan seronok pun…tp kalau tgk org melatah memang seronok…ahhaa…aku pun leh tahan jugak melatah…zaman muda remaja dulu mak aku pukul kalau dia dgr…sekarang dia marah2 bebel2 saja…dah tak leh hilang nak buat mcm mana…

tp aku bukan extreme pun..setakat “oh mak kau!”, “oh teroglek”, cuma yang hampehnyer…biler aku tgh berangan…dan ada org sergah..aku bakal tersebut dalam apa yang aku tgh pikir…kadang tu malu juga biler yang  tak sepatutnyer didgr terkantoi…haha…ada sekali tu sikit lagi aku nak tersebut “hensem” dgn kuat bila barang yang aku pegang jatuh di saat ada seorang balak hensem lalu…memang kantoi…tahap aku leh buat2 pengsan kalau betul dia dgr…hahahaha

kalau mak long aku..bila dia melatah mesti ada ‘buaya’…ntah kenapa kena buaya…mesti punyer..kire default binatang tu dia kena jugak sebut…siriyes tak leh blah…

teringat jugak G-dot yang melatah version org dah lama duduk london..,”oh mummy!” hahahaha….siyes…”oh mak!” di org putihkan…smart…

kenapa kena melatah? memang culture org kitakah?org cina ada melatah? “haiya!kawtim-maaa!”…org india? adeke?org putih?

secara sainsnyer puler kenapa melatah?obviosly ini berkaitan dgn aktiviti otak…tp tak dapat aku nak huraikan kerana aku pun tak pasti…mungkin neuron cepat terkejut..hahaha…

0505-woman-hand-covering-mouth_at

opocot! opps…sorry~~~~i tak sengaja u…

apepun..bagi gadis2 muda melatah itu kurang manis…melatah mcm ngam dgn org2 tua sahaja…kenapan begitu pulak? tidak kool kah melatah itu?kenapa perempuan lg ramai yang melatah berbanding lelaki?

hiah…hiah…hiah…

nota melatah: apa yang pasti…melatah tidak membatalkan puasa…unless kau melatah sambil korek hidung dalam2…eeuuuww….tak seswai you!

this is Adam territory

Posted in Melalut on Ogos 19, 2009 by lydiarayyan

***

aku taip panjang entri ini..lepas tu ia hilang…

macam chilaker…

***

Menge-test market

Posted in Melalut on Ogos 17, 2009 by lydiarayyan

Salam….

(wahhhh…..sopan aku kali ni….kalau tak main terjah saje..hehe)

ape cerita mengetest market?

ini adalah…hasil conteng2 bangang2 aku guna Adobe Photo Paint 4.0…atau nama glamer nyer Paint…hahahahahahahahah

hasil contengan di provoke oleh masyar sbb mulanyer dia letak avatar yang kiut as profile picture dia…aku ingat dia lukis…so aku dgn gigihnyer lukis avatar aku…mcm bangang je senget2…ni hasil pertama aku…guna mouse…lenguh jugak tgn…

6494_101114028916_826773916_2028915_5848297_n

aku memang suke lukis2 katun pendek2 ni…untuk expressi diri aku…lukisan sebengini boleh didapati bersepah2 di buku2 nota aku…minit meeting…draft report atau mana2 saja ruang menconteng yang mcm best….tp since aku mula berjinak2 dgn seni lukisan gigil2 pakai mouse ni aku jadik mcm gedik2 nak buat selalu…hasil pembuangan masa yang konsisten…banyak juga hasil2 yang konsisten comot2 nyer…ada yang dilukis dgn mouse…ada yang dgn touch pad…

aku pernah nampak gambar adam sepet lukis…aku tanyer menatang ape dia guna…graphic tablet…dia jawab..dan harga nye bukan murah2…setakat lukis katun bantut tocang 2 takde hidung ni buat rugi air liur je beli…

maka….beginilah lebih kurang hasil2 yang di-buahkan oleh aku (membuahkan hasil)..

album layoutok..tidak seberapa pun..aku tahu….layan aje…

tp…dalam senget2 ni pun aku tak sangka ada yang suka…aku terharu…terharu sampai menangis sambil makan nasik (ok yang ni tipu..exxagerate)

galakan awal diberikan oleh masyar sendiri..kemudan disogok dgn kata2 semangat dari hajar…lalu nana…fiqah juga…beth..ixora…izad….

semangat kesukaan semakin melarat bila nana mula mintak aku tubuhkan fan club…ape kejadah?! sekali lagi aku terharu sampai menangis sambil kawad kaki…(ok yang ni laaagi la tipu giler)…tp siyes..aku terharu…

galakan lain deberi juga oleh tok rimau….dia siap suro aku buat t-shirt…tp aku rasa kalau buat aku saje yang pakai…hahaha

apepun….untuk cuba try test….aku teringinlah nak mengetest market…maka..aku gunakan masa lunch aku meng-edit2 t-shirt…mahu juga tgk hasilnye bila jadik t-shirt…hhahahaha…nah  sneak peak…(bunyik macam poyo)

chibi 2chibi 3

chibi 4

amacam?

hehhee…ni suke2 saje….mintak komen sikit…adeke org nak pakai?…aku? kompom aku pakai..aku yang lukis…hhahahahah….

nota t-shirt: lalalalalalalalala…..brape harga aku tak tawu~~~~lalalala

nota t-shirt lagi: berangan2 itu memang best!

Motivation Today #04: K E R I N G

Posted in Melalut on Ogos 12, 2009 by lydiarayyan

KERING

terpaksa beli dompet! baru

hampeh…

Sejarah Melaka: Hang Sengkek…hiyahh!

Posted in Melalut on Ogos 12, 2009 by lydiarayyan

Melaka….bandaraya bersejarah…sejarah beb….sejarah…

Ape kes hilang purse?!?!…bodo betul!!baru saja  minggu lepas aku beli purse baru..belum puas pakai…belum puas berlagak lagi ngan org…(belum puas ke hape hari2 tayang kat tini..dia yang carik purse baru..aku yang beli.!) waaaaahhh gituh! Seronok sebab purse aku murah saja…murah yang amat..sale kat parkson..lalu aku amek dua…satu kasik mak…

Ape kes tak tgk proposal lagi lu org? gua dah tgk dah…hari gua hilang purse gua….hari yang sama…tp bukan sebelum…selepas…pukul  910 malam gua hilang purse..pukul 930 gua masuk panggung layan proposal…ape kes?? Balik tgk wayang baru pergi buat report…adeh…sadis….takkan gua nak spoil rakan2 gadis gua yang nak tgk citer tu…maka gua layan jugak tgk wayang itu…walau hati gua berat…puas menyumpah sapa yang rembat….apakan daya..salah gua…memang salah gua….proposal  best…sila tengok..pirate pun ok..

Macam mana boleh hilang? Perlukah aku citer? Takpayah lah…teramat bangang situasi hilang tu…ok…aku dah buat keputusan…aku malas cerita…hahaha…padan muka korang..tak tau…tak tau!!!

Ok…

Aku skip terus ke cerita buat report polis…

Masa tu dah 1145 mlm lebih kurang…seketul saga putih milik Sarah meronda2 area gadong carik balai polis…jauh betul pergi buat report…kat malim…belasah la…

Yang jaga kaunter seorang  polis muda…sorang polis tua…cute jugak polis muda..ops! Fokes! Fokes! Hilang purse…hilang purse….fokes!

“Assalamualaikum…”

Ecewah! Aku bagi salam kat polis tu…senyum…buat muka mesra…hahaha…

“Waalaikumsalam…ye..?”

“saya hilang wallet….kat dataran pahlawan…”

“Ooo..hilang wallet…..” Sedikit hampa…mungkin dia berasa keciwa…hidup sebagai seorang polis..kes2 tak mencabar seperti hilang wallet je yang biasa…agaknyer la…

“mcmana boleh hilang??….”

Aku pandang sarah….sarah pandang aku….buat muka terkulat2….hehhee….

“kat tempat dot…dot…dot….” aku jawab…cubaan tidak berterus terang ketika membuat report…aku malu sebenarnyer…aku bukan tipu..Cuma tak citer detail aje…

Kemudian dia pun mengambil2 detail2 aku…tarikh lahir…alamat…

“pekerjaan?”…

“…hmm..ngaaa….” entah kenapa kalau org tanyer kerja ape aku selalu susah nak jawab…tak reti….tp aku jawab jugak…nak kata technician karang dia tanyer aku pasal wiring…aku tak leh jawab..nak kata  doctor aku tak pernah pulak amek medic dulu…nak kata aku pendakwah bebas…dia muntah pulak karang….nak kata pencacai…karang dia kata aku buat lawak walau aku serius…walau itulah hakikat kerja aku sekarang…

“jurutera..”…pelan je aku sebut…

“waaaahh..jurutera!!!!…mesti taip laju ni…!”

Aik? Taip laju? Kenapa dalam banyak2 description engineer pompuan seperti  cantik, menawan, anggun, ayu…..taip laju yang dia pilih???..taip laju pun taip laju lah….

“No telefon?” polis tu tanyer lagi..

Ha? Aku tersentap…baru saja aku nak tersipu2…tiba2 aku sedar yang aku tgh buat polis report…hahaha…poyo!

Kemudian aku menunggu encik polis itu taip report aku…

PADA 4/8/09…LEBIH KURANG JAM 915 SEMASA DI DATARAN PAHLAWAN BANDAR MELAKA…

“kat mana td hilang?” eh dia tanyer lagi…

“Kat…dot dot..dot…” kali ni aku kasik stori betul2…gagap2 aku jawab malu! aku tak tau nak letak muka aku kat mana…

“oooo….dot dot..dot…hahaha” siot je polis ni pun gelakkan aku….cet!

“eh..nak tulis dalam report ke?” aku cemas…aku tak nak la letak detail kat mana aku hilang…

“tak payahlah…ni cukup..kang malu plak kang…”

Cilakak….kompom aku nak benam muka dalam tanah…malu aku! Ahahahahahha…bodo..bodo…aku pandang sarah…siyes..aku nak gelak…sarah pun gelak2…gelak giler..muka nak seronok…polis tu sure konfius..budak ni hilang wallet pun seronok? Ape kes?

…SAYA SEDARI DOMPET SAYA…

‘dompet’? waah…dah lama giler tak guna perkataan ni..dompet..dompet…dompet…sebut banyak2 kali terus hilang ciri2 beg duit…dompet…hmmm..bunyik mcm alat muzik… trompet… dompet… trompet.. yeah…dompet..alat muzik…hahaha…

…TELAH TERCICIR TIDAK TAHU DIMANA…

Waaakakaka….kali ni aku tak tahan..aku bantai gelak lagi…tp aku gelak2 pandang sarah..tak mau polis ni terasa…siyes…ntahla…bagi aku ayat ni sgt lawak…sgt jiwang….TIDAK TAHU DIMANA (baca dgn nada mcm cerita zaman hang tuah)…haha…bagi aku tercicir itu sudah cukup…tidak tahu dimana tu macam redundant…plus..ia mcm puitis gitu…hahhaa….

…DIDALAM MENGANDUNGI…

PENGENALAN DIRI…LESSEN MEMANDU..2 KAD CREDIT..KAT ATM..WANG TUNAL  RM70…

“70 hengget je?! Miskin betul kau..kerja engineer..70 hengget je…hahahhaa” Sarah gelakan aku..cilikak! hahahahaha…keji…keji….

Sebenarnyer banyak lagi harta aku dalam purse aku…student pass UIA yang paling aku sayang…mana nak dapat lagi beb…belajar bertahun2…sayang siot…sayang giler…dulu hilang wallet masa kat U aku hilang student pass matrik…sekarang dah kerja…hilang pass U…pass kerja aku dah pernah hilang jugak..naseb baik boleh buat baru…wah…banyak jugak benda yang aku hilang…

Lama jugak proses buat report tu…polis tu memang taip lambat pun…mungkin dia seorang yang teliti…hahahah….

Balik semula ke hotel…kami gelak2 dalam keta…masih lagi rasa malu ngan polis tu…cet…nasb baik dia cute…

Sedih…aku sedih wallet aku hilang…sedih betul2..tidak tipu beb…apakan daya…aku memang cuai…padan muka aku…

“takpe dude…pikey positif! At least kau boleh buat kat atm baru..ganti kad kau yang terkelepet2…ic..kau boleh amek gambar yang baru…yang cun!”

“owh!!! Maksud kau ic aku sekarang tak cun la!!!”

Kami gelak2 lagi…aku yang sepatutnyer sedih…gelak2 lagi….

Ituuuuuuuuuuu…dia cerita panjang aku…..sapa baca sampai habis terima kasih…siapa skip baca..sila mula dari atas semula…hahahahha……

4 hari hidup takda warganegara( takde ic)…kejap2 aku rasa aku org Australia…kejap2 aku nak rasa aku org Russia…fazil kata aku org Indonesia…td aku dah buat ic baru! Pakai cun2! Konon2!

Snap! Ic siap! Muka aku muka stim!! Cilakak!!

Buat ATM baru…ek?..ape tu kat wiper aku tu???

Cilakak!!!!! Kena saman pulak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dem…sejarah….melaka memang bandaraya sejarah dowh!!! Siyes gua tak tipu…gua buat sejarah sendirik….tahniah….

********

nota sengkek: kesimpulannyer….aku tgh sengkek giler ni…