Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

puasa2 gini raser len macam je kat opis…slalu kul 10 aku dah buat air panas…sbb opis aku tersgtla sejuk..aku rasa sampai takat beku sejuknye ni…kalau aku selsema mukus aku pun bleh jd stalactite…tp kehidupan sumer org maseh cam base…cume lawak nye niari totoi tanye muke dia mcm org pilipine ke sbb lim bleh selambe je hulur beskot kat dia…ekekekeke….aku berkira2..lagi 11 hari gaji…raya lagi 28 hari…aku ada masa lebih kurang 7 hari je nak shopping las kopek…tp masih jugak berkira cukup ke nak bagi 17 org kanak2 riang yang bakal membuat barisan panjang di pagi raya nanti..hado kopak2…itu kat batu pahat..kat muar karang beratur lagi…..hado…..kering2….masak aku…mak pun dah sound..suruh aku berzakat2 sikit kat kampung tu…gulp….ekekekek heheheh thii hihiiiie hee…dan aku berkira2 lagi……….