ekeke….sekali lagi lagi entri aku merupakan susulan dari entri yang lain..dan sekali lagi bagi memenuhi keraguan cik nurnana..ekekekeke…dan sekali lagi juga entri aku entri merepek yang bukan dibuat untuk pembangunan minda tp hanya sekadar suke2 hati buang masa dan mungkin juga utk menghiburkan hati sendiri……

tu ari aku dah buat entri pasal poyo….namum org ske buat post aku tempat study bahasa2 unik..aku pun kasik privacy kat lagi satu term..iaitu “sengal”

di ambil dari kamus pelajar sengal membawa maksud

1.  berasa sakit-sakit (kaku) pd sendi-sendi tulang: ~ kaki; ~ tangan

2.  sakit pinggang

3.  penyakit yg menyebabkan penghidapnya berasa sakit-sakit pd sendi-sendi, tulang dan otot

merujuk pada kamus dewan edisi tiga pula

1. berasa sakit-sakit pd sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal: ~ kaki (tangan);

2. tulang sj penyakit tulang (reumatisme); ~ pinggang sakit (pegal) pinggang. sengal II; sengal-sengal

3.   susah bernafas, sesak nafas: dgn nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan tua itu; tersengal-sengal termengah-mengah (nafas)

kamus aku sendiri pula;

1. bagi merujuk kepada org yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sedar bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan……(cth..mcm cerita budak naik bas ipoh tu la….)

2. sengal juga dirujuk sebagai kesengal kepada neuron2 di otak mengalami shot secara tidak sengaja yang menyebabkan kite melakukan kesilapan2 kesilapan kecil yang juga tidak patut dilakukan seperti tertinggal kunci kereta kat opis yang tiga tingkat dan menyedarinye bila anda sudah di parking lot….

3…erm…aa…..ikut tafsiran masing2….ekekekeke 

tet.jpg