Itu raya pertama punyer cerita….tak de benda..sama tiap tahun..rumah yang kami raya pun sama aje…..kubur pun..of course la sama….raya kedua biasa nye family aku akan balik muar….petang sket la..so aku dah bajet2 nak shoot ke pontian pagi tu…nak raya 4 rumah cadangannye…rumah kawan2 aku!! tp satu rumah terpaksa kensel sbb sahak tak balik raya….dia kena ketuk kerja masa raya…siap out-station gi Kedah..kesian sahak….raya ketiga baru leh balik kampong..

“biaselah..kerja company cina…kena perah macam span…” keluh sahak dalam sms…macam span? Kira lepas ni aku leh panggil Sahak sponge bob!

Tp….panas yang kusangka sampai ke ptg..hujan pada tghari raya kedua itu…on da way ke rumah pertama yang aku nak singgah…..kawan aku itu tiba2 tidak membenarkan aku beraya rumah dia….what?! seriously!! Seumur hidup aku 25 tahun…tak pernah ade org tak kasik aku raya rumah dia!!! SERIOUSLY! Aku terkejut…dia ada bagi alasan..tp aku tak rasa ia munasabah…I really felt ia macam satu penghinaan!..yelah…tak kasik raya…ape salah aku? Setau aku…org2 yang kita tak nak dia datang rumah..org itu mesti merbahaya..pernah bunuh org ke…kaki pukul…takpun along….tp..aku tak pernah bunuh org…ape lagi nak kutip hutang… malam sebelum dia kata datanglah rumah…paginye tak kasik pulak…? What?

Aku terkejut…sedih….konfius….speechless…..and of course marah…maka aku teruskan perjalanan beraya ke rumah yang lagi dua….i almost cried…sbb marah sgt…tp aku simpan saje air mata aku…karang rosak plak eyeliner aku yang tak water-proof ni karang….tak kan aku nak beraya ngan make up gothic…..maka aku drive tanpa berfikir panjang…sign-board “60km/j” “kurangkan laju kawasan kampung” dan “ awas kawasan kemalangan” semua aku tak hiraukan…aku sgt marah….until now..i dont know why….dan aku dah tak harap dapat raya umah dia pun…it was just too much..and it’s hurt..…i wont wonder..and I wont ask…huhuhu…I’m not psycho!!

Sampai area air baloi aku dah roger nana..next destination…umah nana..kat masjid mana ntah dia suruh aku berenti..pastu nana pick aku…

“wuu..macam artis!” nana menegur aku yang sedang memakai cermin mata hitam besar gedabak…
“kau satu2nya manusia yang kata aku macam artis nana..orang lain kata macam lalat besar…!”

akhirnya..sampai jugak aku kerumah nana…my beloved best girlfriend…so..lepas kami berpeluk2 hilangkan rasa rindu..terus ke seisi lepas geram aku..kesian nana..spoil mood hari raya betul…tp nana tak kesah..dia hidangkan aku ‘burasak’! makanan feymes org bugis pada hari raya…aku makan dgn rasa terharu…mungkin nak telan sekali amarah aku…nana gelak2 aje..nana tau..marah aku tak kemana…senang aje nak simbah…kan nana kan?….that’s what make me so weak…huhhuhuhu…..


nana-cha~~~

next destination…umah Ajak…my another beloved girlfriend..it’s been a while….lama kami tak jumpa….sampai aku jadik nervous nak raya umah dia…..i missed her damn much…sampai speechless…..adeh….pastu lupa nak amek gambar terus!..adoi…..amek gambar bekas kuih dia aje…lawa tu…

ptg sket aku balik ke umah atuk semula…sbb nak gerak ke Muar dah…aku suruh adik aku drive….aku dah letih…memandu sambil marah…ish..ish…marah memang meletihkan…sampai umah oteh…dinner dah ready….dine-in!!! Umah oteh best…happening….mercun mcm berbalas pantun…lepas org sini bunyik..ada la yang reply…kaboom sana kaboom sini…kalau keluar rumah kena pakai earplug…haha…Cuma line aje yang kurang best…kena keluar rumah baru ada line..nak lagi clear stay tepi jalan…

……

pose adik adik aku

Cukupla..cerita raya kat kampung aku…raya di rumah entri lain….hahaha..

hehe…ni aku upload gambar kezen aku yang comel…balik marhaban dgn baju kurung jugak da main drum kat bilik adik aku….chummmellll…….