dah lama aku tak spend masa ngan husband aku..semenjak dia naik pangkat ni dia sibuk betul…tp aku tak salahkan dia..aku jugak yang carikkan dia kerja dulu…dulu dia nak tambah lagi sorang anak..tp tak sempat… takda masa yang sesuai…takpe…nanti aku cuba lagi….

anak lelaki aku pun dah besar…dah sekolah dah pun..tp aku sampai sekarang tak pernah tgk dia buat kerja rumah….tp aku sibuk nak masukkan dia ke sekolah private…aku dah jemput headmaster dtg rumah…tp tak berjaya nak bodek dia ntuk recommend anak aku masuk sekolah private tu…..

anak aku tak pandai masak lagi…buat air pun tak reti…dia pun dah bising2 nak adik…aku memang tak harapkan dia buat kerja rumah…lagi pun maid aku dtg hari2..tukang kebun datang bila taman aku dah nak jadik hutan…

malam td paip rumah rosak…laki aku tak pandai repair…nak harapkan aku jugak..aku pulak penat giler…tak larat…last2 aku biar je air paip tu keluar sampai pagi…baru aku telefon repairman dtg….

aku dah pandai masak turkey untuk dinner!! yeay!!! tp kami sekeluarga dah jarang makan sekali….semua sibuk hal masing2..memang tak mesra betul!!..ntahla..ape nak jadik dgn keluarga aku ni….

…patut dulu aku tak yah bagi laki aku kerja…senang…boleh buat kerja rumah sama2…lagi pun duit aku banyak…tak kerja pun takpe…

…sarah dah bagi aku tips2 nak dapat anak kembar macam dia…tp aku tak pasti nak cuba ke tak…sebab sarah pun tension jugak ada nak kembar tu..susah nak jaga…kalau nak poopoo..2-2 sekali nak poopoo..ish pening…pening….aku kena betul2 planning…memula sekali kena renovate rumah…aku nak besarkan sket…buat bilik baby terus…senang…bilik nak lelaki aku tu kena alih…bilik study…piano yang gedabak tu kena campak ketempat lain….

huhu..nasib baik ada cheatcode!! senang sket kehidupan aku…

ape korang pening2 ni?? aku cerita pasal aku main game ‘The Sims 2’ la…game bina2 keluarga….buat2 rumah…..hahhahahaha….

aku velum kawen ok~~~huhuhhu…