hari ini hari sabtu…ape? kata takde entri baru?..takpe..kali ni exceptional…ok..F.Y.I..hari sabtu aku kerja..so, layankan aje…

nak di mulakan cerita…aku nak flash back sket..kan aku baru dapat beskal baru itu hari…kira..seminggu lepas…

aku parking kat area org park basikal banyak2…

“tak hilang ke?” ipin tanyer…

soalan ini sgt cliche untuk org2 yang bawak basikal…kerana penyamun basikal sgt banyak dan cerita kehilangan basikal sudah menjadi trend masa kini di yard a.k.a tempat kerja aku…kesannya basikal yang hebat2 tidak kelihatan..rata semua bawak basikal burok2..basikal tahap hidup segan mati tak mau punya..

basikal aku ni boleh tahan mahal la asalnye kerana ia basikal client…tp since ia telaha di tinggalkan lama…ia menjadi burok dan berkarat..nampak burok la senang cakap..maka aku tak bimbangla ia akan menarik perhatian…

setiap pagi aku sampai tempat kerja and park keta kat luar.aku akan berjalan kaki ke parking basikal untuk mengayuh ke opis..dan setiap pagi juga aku berdoa agar ia masih lagi one piece…

pagi ini juga sama…dari jauh aku dah nampak handle basikal aku dgn bakulnye yang comel…Alhamdulillah..semakin aku dekat dan siap dah keluarkan kunci untuk 2 lock yang aku pasang….

‘pling’…basikal aku kelihatan seperti tidak boleh dinaiki lagi….tayar belakang sudah tiada..so..boleh la aku jawab soalan ipin td…

“dah..dah hilang dah ipin..akhirnye~~~”

aku blank sekejap sebelum aku dapat mengumpul kekuatan untuk menyumpah org yang curik tu! kepala hotak dia! aku dah beli pedal ngan tempat duduk berspan baru…belum sempat pasang lagi! C!#@$ la kau..kurang ngajo betul!!!

sepanjang jalan kaki aku menyumpah2…memabayangkan kalau la aku boleh guna black magic…aku akan make sure penyamun itu bawak balik tayar tu melutut mintak maaf kat aku..pastu aku suruh dia pasang balik! lepas tu aku suruh juga dia pasang terus seat ngan pedal yang aku baru beli tu…lepas tu…aku nak dia baring atas jalan aku nak langgar ngan basikal aku bayak kali….since dia hidup lagi aku pakai kereta pulak..aku langgar lagi banyak2 kali..pastu aku suruh org cincang2 dia letak dalam kotak( sebab aku geli nak buat) pastu aku akan transport kotak itu ke planet marikh….then aku kayuh balik basikal itu..buat seperti tiada ape2 berlaku…

‘pufff!’

ia imaginasi aku aje…..last2 aku rasa aku redha aje..beli taya basikal baru…pasang balik… barulah kayuh balik basikal itu..buat seperti tiada ape2 berlaku..hahahaha….bukan ape,  murah sikit kalau beli taya baru dari aku buang2 duit jumpe bomoh, upah orang cincang penyamun tu and cost space shuttle nak antar si ‘chellakjher’ itu ke marikh dah burst budget dah..rugi..rugi…

itu biar dia settle kat akhirat…tp itu tak bermakna aku akan lepaskan..aku akan baca Yassin malam ni…’specially‘ dedicated to you..penyamun!’

banzai!!!!!!!!!!!!!!!

nota kaki: cara2 mengelakkan basikal dicuri…”jangan beli basikal!”