kalian mesti pernah mengalami kejadian ini…korang lama tak masuk opis dan malas bukak email kerja ketika out of town….email masuk berlambak2 mcm sampah sarap kat Malaysia..so, kene spend banyak masa gak nak filter email2 tu…yelah..takut update2 penting2 kene follow up gitu…assignment baru ke..meeting ke…

pastu..in between kerja mem-filter2 email tu korang terpedaya dgn sesetengah email yang melaikan seperti gambar lawak..cerita lawak…gossip artis…

pastu akan terselit juga email2 moral values yang ayat ending dia akan kata

“share this with your friends and if they reply..you’ll know how much they love you…”

Takpun..

“forward this to 10 person and your wish will come true..”

Ade jugak yang version agama…

“kalau korang tak forward email ini kepada 10 orang….malang akan menimpa korang dalam masa 7 hari…”

Wahh…

Dulu2 aku mcm terpedaya jugak…tp bila bab2 agama ni aku mula rasa pelik…pastu lama2 aku tak larat nak layan…aku memang buta IT…kalau sebut spam2  ke, internet flooding ke hape ke..aku memang tak paham…ini semua fraud dalam dunia tanpa sempadan ni..but since dah mcm melarat2 email merepek memenuhkan inbox aku, aku jadi tension gak..ramai lagi pulak tu yang masih rajin melayan…

Hakikatnyer…kerja memfoward2 email ini sebenarnya ada menguntungkan sesetengah pihak… ada duit masuk kalau chain email ni jalan…tak kurang juga dgn activiti spamming…advertisement sesat segala…kalu guna moral value tu aku leh handle lagi…masuk bab2 guna hadith..ayat Quran segala aku jadi hangin…salah guna giler!! Suke hati betul!

Forward2 email ni satu hal….lagi satu yang giler merepek adalah..”you just won $10K!!! please put your account number bla..bla..bla..” first time aku dpat email ni adalah beberapa tahun lepas…tempted habisla! But, since aku pikey wah…senang2 nye org nak bagi duit! So, aku tak layan…

Macam2 pesen…kalau nak tau lagi banyak especially untuk org2 yang mangkuk IT macam aku..leh chekidaut sini dan sini

Cukup2 la korang penuhkan inbox aku!! Haritu lagila bangang! Adeke email SCRABBLE masuk…ramai2 main scrabble..buat perkataan sambung2..ramai plak tu yang melayan!! Hangin aku!!email bos aku yang penting tak masuk2..aku delete2 masuk jugak SCRABBLE tu….last2 aku maki kat semua org yang dalam thread tu and suruh remove nama aku dari thread bodoh tu..(tak pasal2 aku menyumbang kepada chain email tu)…

email-spam

tp hakikatnyer aku suke gak sesetengah email2 tu..lebih2 lagi bila org forward gambar2 lawak….video best2…nasihat kesihatan and nasihat2 agama…aku cuma hangin bila ada perkataan2 fraud tu…nak forward ok je…agak2 fraud korang compose aje email baru..copy paste..matikan thread dia..hahahah…effektif ke tak aku pun tak tau?..yang terrer IT? Anyone? Kasik komen sket….yelah..sayang juga kalau peringatan agama itu tidak dipanjangkan…(yang lawak2 pun penting gak!! Hahaha)

sekian cerita dari org buta IT….org2 yang lagi paham bab ni absolutely, they can explain better….pros and cons