Sekarang aku di Melaka…Everly Resort to be exact…for stalkers jgn mengada2 nak dtg…hahaha perasan ada stalkers…

Aku tak duduk kat wing mcm haritu…so..takde wireless curik dalam bilik..kena turun lobi..malas…sbb kena berpakaian lengkap…kalau duduk kat bilik aku boleh berberinteraksi dgn dunia dgn pakaian yang simple2 aje…. dari dalam bilik….

Kelas bermula td..course deepwater floating production system…bosan tak bleh handle..lecturer itu monotone…sesekali kedengaran dia sukar menyebut beberapa perkataan..dia pandai..sgt pandai..itu aku tau..tp tak boleh deliver ilmu dgn baik susah juga..menyusahkan aku saje…tak pasal2 aku kena baca jongkang jongket mat jan kat belakang…tahan2 gelak sampai tegang2 urat leher…sesekali giggle aku yang terlepas keluar didengari ipin..dia toleh belakang..geleng2 kepala menunjukkan rasa “tak elok betul baca novel kat belakang masa lecturer ajar” sebelum dia kembali pandang depan dan sambung layan facebook dan kadang2 baca komik online…

Sarah baca harry potter..ulang kaji half blood prince..Azim sesekali mengangguk memberi respon pada lecturer itu..Zarin mata merah2..nak berubah jadik Cyclops agaknyer sebelum dia mengirim SMS “tea break” pada aku…bosan lah tu…Jijul…mengantuk…yang lain main Sudoku…hebat…kalau tenaga pengajar semua mode macam lecturer ni sure pelajar semua akan menjadi kreative dalam activiti mengisi masa lapang….bosan…dia lecturer dari Universiti Terkemuka di-Perak…hmm..naseb baik kau bukan student dia masa belajar dulu…..haha….tp ada student dia disini…ada…

Sampai everly petang semalam aku dah ternampak chef kacak itu…dia tgh mcm ada toolbox meeting kat tepi cefe ngan chef2 lain…dia tgk aku dgn muka sedikit terkejut ketika aku berjalan kearah cefe…”team suka makan ni ada kursus kat sini lagi”..dia ‘mungkin’ berbisik dalam hati..dia senyum..”eh?” dia menegur bila aku sudah dekat…aku  senyum…”hehe..hai”..aku hai! Cilakak! Aku ‘hai’??!! kenapa aku hai aku pun tak tau..bodo juga…tak macho langsung diriku ini!

Kali ni trip sedikit selesa….tiada tekanan dari bicth that bitching at the beaches…tiada org mengalami sindrom suka mengandung tahap minggu-ini-‘jumpa’-suami-minggu-depan-muntah2…sindrom desperately grabbing attention like she’s in his family while she’s not!!ok..percayalah..org seperti ini tak wujud pun….aku saje buat cerita..ok..aku buat cerita! Ia tidak wujud! Tidak wujud! Hahahahaha….percaya? terpulang….muntah?! hahaha…stupid~~!!

Sekarang aku ada kerja lain…report yang sgt banyak…nak aku update blog selalu dalam bulan ni jgn harap sgt…tahap tegar aku ada limit bulan ini..laptop aku yang weng ni takmo read broadband aku…pinjam laptop org..malas…tgklah bila aku rasa takleh handle ngan tahap ketegaran aku aku hapdet2 selalu..kalau tidak..diam2 saja…

Bilik sgt sejuk…aku tak berkulit penguin mcm sesetengah org yang berkulit penguin dan tiada rasa nak bertimbangrasa kalau org lain sejuk…aku bukan macam org yang tak pedulik nak pasang air-cond kuat2 jugak…aku bukan mcm org yang dah la nak pasang air cond kuat tp nak jugak ada org yang tak tahan sejuk dalam bilik itu kerana dia takut tidor sorang….tidak..aku bukan mcm org itu..aku sejuk..semalam tido pakai socks..pakai mitten..pakai sweater tahap tebal tak hengat..selubung…mcm dalam kepompong…siyes sejuk…Sarah pun kata sejuk…sarah pun tak berkulit penguin…mcm sesetengah org yang berkulit penguin dan tiada rasa nak bertimbangrasa kalau org lain sejuk…sarah bukan macam org yang tak pedulik nak pasang air-cond kuat2 jugak…sarah bukan mcm org yang dah la nak pasang air cond kuat tp nak jugak ada org yang tak tahan sejuk dalam bilik itu kerana dia takut tidor sorang….tidak..Sarah pun bukan mcm org itu…bilik ini sejuk…ntah ape refrigerant dia pakai…

Dalam pada aku kata aku ada report yang kena buat..panjang lagi entri blog dari draft report aku…sgt tidak wajar…

Jongkang jongket mat jan best…aku terpersona…rasa terpesona tahap nak mengurat dia…tp dah terlambat…hahahaha…adeke?

nota kaki: I like brilliant funny guy….and a little bit ‘bad-boy’ element…a lil bit only…if too much..i’ll be doomed…

nota masak: chef hensem say ‘hi’…tp suara dia tak sedap sgt…mungkin in yang dikatakan..Allah Maha Adil…hhehehe….