anda pakai tudung best…anda pakai sluar best..anda pakai baju best…anda rasa yakin dgn penampilan anda yang biasa tp konon2 stunning itu walhal anda sorang2 nak pegi tesco aje nak beli sabun dan keropok roda…

ntah gambar terompah sape aku rembat

anda pakai wedges 2 inci tinggi…postur badan anda otometik jadik straight bila jalan..anda konfident..anda lalu depan 2-3 brother ntah tunggu siapa depan tesco….

wedges anda jenama NOSE…tp nama pun wedges…jadik..dia flat and keras jugak tapak dia…murah saja anda beli masa sale 70%…namun agak kalah kalau jalan tak rata…

brother2 tu usha2 anda..kasik fewwit 2-3 note…..anda tak la tak keruan sgt sbb brother2 tu tak hensem…so anda tak beberapa nak heran…anda buat2 tgk henpon…biar nampak biasa…

tiba2…permuakaan lantai yang ber-friction rendah disebabkan hujan tanpa tunggu2 main peranan…dia sentap tapak kasut anda..tapak kaki anda yang licin pun tak dapat nak grab wedges anda yang berkilat itu..anda tewas..anda terpele-ot..

terpele-ot depan brother2 tu…depan tesco..

maka anda….????

A. patah balik rumah…besok aje beli sabun dgn keropok roda tu..

B. jalan tterus buat2 tak tahu..jalan laju biar tak dgr brother2 tu gelak nganjing anda terpele-ot

C. pengsan…buat2 pengsan…buat2 tidak sedarkan diri (tp memerlukan skil transition dari terpele-ot ke pengsan yang betul..biar nampak smooth dan natural)

D. sengeh2 kambing kat brother2 tu sambil berkata..”heehhehe.basah..licin pulak…hehehe” lalu blah beli sabun dan keropok roda

.

.

.

…ape aku buat tadi??? rahsia~~~~~~~~~~

nota terpeleot: tak payah nak poyo2 sgt..

nota poyo: mungkin betul ape ipin kata..aku dah sedikit mereng..i really need to get a life…